Pages

Subscribe:

Title Hider

Head Social Icon

Got Kicked My Ass Off


This photo describe my feelings right now. How else would you feel if you got kicked and dumped out from your home sweet home by your very own beloved mother?

Ok, 1st skali biasalah, macam semua blogger akan kata, sorry lama tak update :D. Dan sebab apa aku lama tak update? Sebab aku tadak tempat untuk online dan update blog aku.



Ok, start the story.
Khamis - 30 Ogos 2012 - Aku baru balik dari kerja yang waktu tu jam pukul 5:30p.m. Bila aku dah sampai rumah, aku pikir esok cuti, so aku nak keluar kejap tengok orang muda tunjuk bakat masing² kat jalan raya dihiasi dengan kibaran Jalur Gemilang. Tengok punya tengok sampailah terlintas kat hati aku nak tengok jam, dah pukul 3:15a.m. Aku pikir kalau aku balik rumah mestinya mak aku dah kunci pintu, so aku decide aku stay kat rumah sepupu aku dulu.

Jumaat - 31 Ogos 2012 - Aku bangun dengan satu berita yang mengatakan ayah aku buat family day kat rumah dia. So aku sebagai anak dan rasa tanggungjawab sebagai sebuah keluarga, turut menghadiri majlis tersebut. Memang sangat meriah. Yang selainnya aku tak nak cerita sebab tak penting langsung. Tapi yang pastinya, majlis tersebut berlangsung sehingga pukul 1:00a.m. So aku pun sambung stay kat rumah sepupu aku.

Sabtu - 1 September 2012 - Lagi sekali aku bangun dengan satu berita yang pakcik aku pulak nak belanja makan satu family kat Kuala Perlis. Disebabkan aku masih lagi tak balik rumah, aku pikir elok jugak kalau aku ikut. Dan macam biasa, sangat meriah dan lepas makan kami semua pergi lepak² kat tepi pantai Kuala Perlis sampai la pukul 2:00a.m. Dan lagi sekali, aku stay kat rumah sepupu aku lagi.

Ahad - 2 September 2012 - Aku bangun pukul 5:30a.m untuk pergi kerja dan of course la aku kena balik rumah mak aku dulu untuk ambik kasut untuk kerja. Sebelum ambik kasut aku tu, aku nampak mak aku duduk kat meja tetamu sambil mengadap laptop beliau. Aku pun cuba bukak pintu tapi berkunci, pastu aku ambik kunci moto aku yang juga ada kunci rumah tersebut dan cuba untuk bukak tapi tetap tak boleh. That means mak aku selak pintu. Pastu aku pi kat pagar rumah untuk tekan loceng pastu tiba² lampu ruang tamu tertutup. Aku tengok kat tingkap mak aku dah takdak kat situ. Aku masih tak dapat tangkap apa² lagi dari situ dan aku terus terpikir yang aku kena pergi kerja. Aku pakai kasut dan terus berangkat ke tempat kerja. Pukul 5:30 waktu aku habis kerja, aku balik rumah mak aku, tapi pintu masih tetap berkunci. Dari situ aku dah dapat rasa yang mak aku marah aku. Aku dengan fikiran yang paling rasional pun tinggalkan lauk yang aku bawak balik kat atas meja luar rumah aku. Aku terus pergi ke cyber cafe tempat kerja lama aku dan aku tidur kat situ.

Isnin - 3 September 2012 - Aku bangun, cuci muka, dan terus pergi kerja. Aku habis kerja pukul 5:30, aku balik rumah mak aku tapi masih lagi sama. Dan aku tengok lauk yang aku tinggal kemarin masih lagi tak terusik. Aku mengalah dan terus pergi ke cyber cafe tersebut.

Selasa - 4 September 2012 - Macam biasa, bangun pergi kerja. 5:30 habis kerja balik rumah mak aku dan masih lagi sama dan lauk tersebut masih jugak tak terusik. Aku pikir sampai bila nak macam ni so aku ketuk pintu sekuat dan selama yang mungkin dan tiba² aku dengar suara mak aku dari dalam menjerit "Hoi!! Berambus!!!!". Aku tersentak seketika. Aku duduk kejap tenangkan diri. Selang 3 minit aku bangun semula dan terus mengetuk. Leka ketuk pintu tiba² bunyi SMS memberhentikan aku dari mengetuk pintu. Aku ambik phone aku dan tengok SMS dari mak aku. Mak aku kata, "Hang pi berambus!! Aku takmau tengok muka hang dah!! 10 tahun aku menderita sebab hang!! Aku dah tak tahan!! Hang pi cari mak lain!!" Sebak di dada datang secara tiba². Aku duduk sebentar menenangkan diri sambil memikirkan apa yang mak aku kata. Alhamdulillah Allah tingkatkan tahap kesabaran aku waktu tu, kalau tidak taktau la apa yang akan aku buat. Lebih kurang 15 minit aku duduk tenangkan diri, aku pun bangun berangkat keluar dari rumah tersebut. Dan tiba² lagi satu SMS dari mak aku masuk ke phone aku mengatakan "Terima kasih." Makin kuat sebak di dada.

Fakta - Parents aku bercerai waktu aku umur 8 tahun. Umur aku sekarang 18 tahun. Mak aku kata dah 10 tahun dia menderita sebab aku. Let's do some math here. 18 tahun (umur aku sekarang) tolak 10 tahun (mak aku menderita sebab aku) equal 8. That means, mak aku menderita sebab aku dari aku umur 8 tahun iaitu pada tahun yang sama parents aku bercerai. Conclusion-nya sekarang, mak aku menderita bukan disebabkan perceraian tetapi disebabkan AKU! Apa korang rasa dan apa yang korang akan buat kalau korang ada kat tempat aku waktu tu? Sedih gila siot!

Ya memang aku rasa benda ni sangat personal dan aku tak patut cerita kat sapa² apatah lagi kat blog umum aku ni, tapi aku dah tak ada sapa yang boleh aku ceritakan.

0 comments:

Post a Comment