Pages

Subscribe:

Title Hider

Head Social Icon

Lesen P


Epic gila kan aku? Aku start buat lesen moto pada 19/08/2010 dan pada 03/11/2011 aku dapat lesen P. Sebab aku aku ambik masa setahun lebih untuk dapatkan lesen P?

Ok camni cerita dia. Birthday aku jatuh pada 13/08/1994 dan sepupu aku pada 18/08/1994, so aku tunggu sepupu aku punya birthday dulu sebab kami pi buat lesen sama² esoknya selepas birthday sepupu aku. Punya la eksaited awai² pi buat lesen tu. Dan untuk pengetahuan anda, aku stay kat Jitra, tapi ayah aku pi register nama aku dengan sepupu aku kat pusat latihan memandu kat Alor Star. Jauh kot nak pi. Dah dengaq ceramah, buat praktikal, maka dapat lesen L. Kakak kat kaunter tu kata esok mai buat latihan 8 jam. Dengan kalotnya kami pi la keesokan harinya. 8 ditolak dengan 2, tinggal la lagi 6 jam.

Esoknya dengan tidak semena-menanya kami jadi malas nak pi buat sebab jauh sangat bak kata oqang kedah BALOQ LIAT. So, kami pun tunda la. Tiba² aku dikejutkan dengan mak aku yang ajak aku menunaikan rukun Islam yang ke-lima sebagai mahram dia (bukan riak ok). Aku dengan gembiranya menerima tawaran tersebut tanpa berfikir panjang tentang proses lesen aku. Aku tanya sepupu aku macam mana, dia nak teruskan tanpa aku atau dia masih setia tunggu aku balik ke tanah air. Dia kata "Aku tunggu hang arh.". Ok, no problem, lepas 44 hari aku di tanah suci, akhirnya sampai masa untuk aku pulang ke tanah air. Bukanlah segera aku pi cari sepupu aku untuk bertanyakan hal lesen kami tapi aku tetap tanya jugak beberapa hari lepas aku dah selamat sampai ke sini. Aku tanya dia "macam mana?" dia kata "Aku tak buat apa pun. Aku tunggu hang balik laa." Selepas beberapa minggu, aku dah bersedia untuk memulakan sesuatu urusan yang belum habis lagi dan pada waktu itu, tahun 2010 telah berubah kepada 2011.

Kami pi Alor Star untuk habiskan sesi kami. Tinggal la lagi 4 jam untuk kami habiskan. Tapi pada keesokan harinya, perasaan BALOQ LIAT tu mai balik dan kami tunda pulak sampai la 1 Ramadhan 1432 Hijriah yakni 1 Ogos 2011. Aku tanya sepupu aku "macam mana ni lesen kita?" dia kata "Aku dah habih buat dah yang 8 jam dengan QTI, tunggu nak buat JPJ ja." Aku tercengang sat. Lepas 10 Syawal 1432, aku pi habiskan latihan 8 jam aku. Macam biasa aku mengambil masa yang lama untuk habiskan latihan yang berbaki lagi 4 jam tu. Allhamdulillah, selesai jugak tapi QTI dengan JPJ aku tak buat lagi. Tarikh QTI untuk aku depa letak pada tarikh 23/10/2011, aku boleh lakukan jugak tepat pada tarikhnya.

Sebelum aku bertolak dari Jitra ke Alor Star untuk buat QTI tu, sepupu aku pesan suruh booking tarikh untuk dia sama untuk test JPJ nanti. Lepas pada ujian QTI tu, aku pi booking tarikh untuk ujian JPJ untuk aku dengan sepupu aku dan aku pilih tarikh yang paling hampir iaitu pada 31/10/2011. Pada tarikh tersebut muncullah dua jejaka hensem di pusat latihan memandu Ilmu Baru Mergong, Alor, Star. Kami terus berjalan ke kaunter untuk menanyakan perihal ujian JPJ pada hari tersebut dan kakak kat kaunter tu bagaikan sudah meluat tengok muka kami yang selalu tunda latihan tu. Setelah hampir 20 minit menunggu JPJ di pondok menunggu, akhirnya sampai jugak pakcik JPJ tersebut. Selepas sedikit taklimat, kami pun memulakan ujian tersebut dan akhirnya Alhamdulillah, kami lulus.

Seterusnya, kami perlu membawa kad laporan kami ke pejabat JPJ di Alor Star pada keesokannya. Kami balik ke Jitra dan terus berjumpa dengan ayah aku untuk menyerahkan tugasan seterusnya kat ayah aku untuk bawak kad laporan kami ke JPJ esok. 2 hari kemudian, ayah aku call, kata tak lulus atas sebab² tertentu dan harus ditunda lagi 3 bulan. WTF?! Dan dengan cerianya aku gelak kat ayah aku sebab memang aku tau ayah aku melawak ja. Dia suruh kami pi ambik lesen P kami kat dia tadi di kedai makan. Dengan ciwinya aku berusaha untuk mencari sebarang roadblock yang ada semasa jalan pulang ke rumah dan malangnya, polis tak buat roadblock tengah² hujan. Sampai kat rumah, terus bukak laptop dan tulis cerita tentang proses bagaimana aku dapat lesen P dalam blog aku ni.

p/s: Ketandusan idea sangat² untuk update blog sampai cerita lesen pun boleh tulis. =.="

0 comments:

Post a Comment