Hi, Genting? Aku kata haritu aku nak pi bulan 6 atau 7 camtu kan? Alert, tak jadi pulak dah. Adoi. Bila aku pikir² balik, kalau aku pi bulan 7, aku sempat keja 2 bulan ja untuk aku balik Raya. Dan jenis aku bila dah cuti ni, aku akan jadi malas nak kerja balik. Hahaha. Nak buat macam mana kan? Dah aku orang yang macam tu.
Ok, bila pulak aku akan pi? Dalam bulan 10 camtulah. Lagi satu benda yang melemahkan semangat aku untuk pi kerja kat Genting ni sebab ada satu hari tu, aku discuss dengan abang aku, dia kata "Tak payah la pi kerja kat Genting tu. Semua benda kat atas tu termasuk hotel, theme park, ngan kasino, semuanya di bawah satu syarikat. So, gaji hang kerja kat situ akan bercampur aduk dengan keuntungan hasil dari kasino dan jualan arak² kat situ. So secara automatiknya, gaji hang tu akan dikira haram."
Adoi, sekarang aku tengah pening taktau nak buat macam mana. Oklah. Sampai sini saja aku berceloteh. Pening².





0 comments:
Post a Comment